Wednesday, July 29, 2015

Cara membuat visa pelajar ke indonesia

Alhamdulillah. saya bersyukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan saya untuk membuat visa pelajar.

Saya berpendapat perlu untuk mendokumentasikan perjalanan saya membuat visa pelajar agar dapat dimanfaatkan oleh orang yang memerlukan.

Sebelum itu, elok diceritakan bahawa passport dan visa adalah dua perkara yang berlainan.

Passport adalah dokumen pengenalan diri kita yang dikeluarkan oleh pihak imigresen negara warganegara masing-masing. Kebiasaannya di dalam passport terdapat lebih kurang 50 helai kertas visa kosong (sama ada diisi oleh kedutaan negara yang kita hendak pergi atau pun tak perlu diisi, terus melancong sahaja).

Visa pula adalah dokumen yang akan dikeluarkan oleh kedutaan negara yang kita hendak pergi (dalam kes ini, kedutaan besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur). Terdapat banyak jenis visa antaranya adalah "single entry visa", "multiple entry visa", business visa, dan lain-lain.

Jika anda pertama kali pergi ke Republik Indonesia, visa yang anda buat adalah "single entry visa". Dalam "single entry visa" ini, terdapat pelbagai jenis visa lagi iaitu "Tourist visa", "social culture visa", "business visa". Kebiasaannya visa pelajar termasuk dalam "social culture visa".

Ok cukup pengenalan tentang visa dan passport, harapnya kita dapat mengetahui perbezaan visa dengan passport sedikit sebanyak.

Di kedutaan besar Republik Indonesia, terdapat 2 pintu, jika anda hendak membuat visa, sila ke pintu no. 2 di sebelah kanan kedutaan. Waktu operasi dari pukul 9.00 pagi. Tidak perlu datang awal seperti hendak buat passport. Saya datang pukul 9.30 pagi. hasil bertanya orang yang hendak membuat visa, baru saya mendapat gambaran bagaimana carta alir hendak buat visa pelajar,

Jika anda hendak membuat visa pelajar, sila sediakan perkara berikut terlebih dahulu:

1) Isi borang visa (boleh ambil di kaunter 6 atau muatturun di sini )
2) 2 keping gambar passport
3) salinan surat tawaran  belajar yang dikeluarkan oleh universiti masing-masing.
4) salinan passport termasuk yang ada tandatangan.




** Anda juga perlu mengetahui tentang general requirement untuk membuat visa.
Seeloknya kita buat persediaan awal dengan isi lengkap borang tersebut dan sediakan dokumen yang berkaitan.

Jika semua dokumen sudah lengkap, sila ke kaunter 6 untuk semakan awal pegawai. kemudian, jika tiada masalah, anda akan diminta untuk pergi ke kaunter hadapan untuk diberi nombor giliran. kaunter ini terletak di bawah kaunter visa. Seelok-eloknya, anda segera beratur untuk dapatkan nombor giliran.
selepas itu, sila naik ke kaunter visa guna tangga di sebelah kiri kaunter nombor giliran tadi. lepas itu sila tunggu nombor giliran anda dipanggil.
nombor giliran saya pada masa tu 81 dan dipanggil dalam jam 11.30 pagi. Dalam general requirement di atas, bagi warganegara Malaysia, jika permohonan di hantar sebelum 12.00 tengah hari, anda boleh mengambil balik visa dalam hari yang sama.

Dalam kes saya, saya baru pertama kali hendak ke indonesia (Single entry Visa), jadi saya kena sediakan duit bayaran RM190. Selepas itu, pegawai akan maklumkan bila visa boleh diambil. Adapun tempoh pembelajaran saya di indonesia adalah 4 bulan. Pegawai itu maklumkan bahawa tempoh visa yang boleh diberikan hanya 2 bulan sahaja. Jika ingin tinggal lebih lama lagi, sila buat lanjutan visa di mana-mana pejabat imigrisen di Republik Indonesia. Lanjutan Visa mesti dibuat 2 minggu sebelum visa luput. Itu maklumat yang saya dapat sedikit sebanyak hasil perbualan kami.

Pegawai tadi maklumkan visa saya boleh diambil pada pukul 4 petang hari yang sama. Jadi, untuk tuntut visa kita, tidak perlu lagi untuk mengambil nombor giliran. sila bawakan resit dan serahkan pada mana-mana pegawai di kaunter visa dan tunggu nama kita dipanggil. itu sahaja.

 Itu sahaja pengalaman saya untuk membuat visa pelajar ke Republik Indonesia. Saya berharap Allah mudahkan urusan mana-mana pelajar yang hendak belajar di sana. Insya Allah.


-Jika ada salah silap dalam perkara di atas, saya mohon maaf dan berharap anda dapat kongsikan maklumat tersebut. Sekian.

Sunday, November 23, 2014

Daurah tafsir dan nasihat bermakna.

Bismillah,

Sudah lama aku tidak menulis. Insya-Allah akan aku konsisten untuk sentiasa menulis dan berkongsi apa yang aku ada kepada manusia umumnya dan saudara islamku khususnya.

Ramadhan yang lepas amat bermakna bagi diriku. Aku amat bersyukur kerana diberi peluang dan kemudahan untuk menuntut ilmu tafsir Al-Quran 30 Juz secara daurah. Daurah tafsir yang dilaksanakan di Pondok Darul Uloom di Kampung Lak Lok, Jerteh, Terengganu membantu aku untuk memahami apa yang Allah mahu sampaikan dalam kitab Al-Quran.

Daurah yang telah masuk musim ke-enam tahun ini membuka mata hati aku tentang iman terutamanya berkaitan dengan bab akidah.

Begitu banyak sekali yang Allah tekankan dalam Al-Quran tentang akidah. Mudah-mudahan aku diberi rahmat oleh Allah untuk terus berada dalam akidah islam, Amin. Insya-Allah akan aku mula kongsikan sedikit sebanyak tentang ilmu tafsir ni dalam post yang akan datang.

Untuk permulaan, ingin aku berkongsi ilmu yang disampaikan oleh guru tafsirku tentang bagaimana untuk melindungi diri dari syaitan. Ada 2 Perkara yang Jika diamalkan, Syaitan tidak Boleh Mempengaruhi Kita iaitu:

1) Ikhlas - Hendaklah melakukan ibadah dengan ikhlas. Jika tidak, kita telah memberi ruang kepada syaitan untuk mengoncangkan iman kita.

2) Mengikuti Sunnah Nabi S.A.W - Bila kita beribadah kepada Allah, ikutilah cara bagaimana Nabi Muhammad S.A.W kita beribadah. Beribadah dengan cara sendiri tidak dapat mampu menghalang syaitan bahkan syaitan lagi suka kerana kita tidak mengikut cara Nabi. Lagi teruk jika amalan kita itu bidaah. Betapa jahilnya kita kalau melakukan perkara sedemikian walau dilabel islam dan beribadah seperti orang islam. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan juga sebagai kesedaran kepada diriku agar sentiasa menyumbang sesuatu kepada masyarakat. 

Jika terdapat sebarang nasihat, cadangan dan komen, si faqir ini mengalu-alukan.

Subhanallah wa bi hamdik.

Sunday, January 29, 2012

Tangguh.. Lagi-lagi bertangguh

Percaya tak kalau saya cakap semua orang suka bertangguh.. mungkin la kan.. maybe dalam 99.99%. habis tu, mana lagi pergi golongan 0.01% tu pergi??

Jawapannya terletak dalam minda anda..ya minda anda!!  Mereka yang  mempunyai matlamat dan sentiasa berfikiran positif sahaja akan dapat mengelak dari sikap bertangguh. Tapi itu tak bermakna orang yang bertangguh tu tidak akan berjaya.


Apa bukti kita pernah bertangguh?? korang perasan tak dalam kehidupan seharian kalian, kita ada kerja nak buat pada waktu pagi ni, tapi kita maybe cakap ala kejap lagi laa.. haa.. Nampak tue.. instinct naluri yang bisik dalam pikiran korang tue menyuruh korang untuk relaks dulu.. perkataan kejap lagi tu tak spesifik tau!!  Kita tak tau waktu bila kita nak buat kerja tue.. Inilah puncanya yang menyebabkan kerja makin bertambah.


Nabi pernah bersabda, maksudnya:
Beramallah segera sebelum tiba tujuh perkara besar yang menjadi halangan iaitu:
   Miskin melarat 
 Kaya jahanam     
Sakit tenat  
 Tua nyanyuk   
 Mati mengejut     
Dajjal  
 Hari kiamat

Nabi berpesan supaya meningkatkan amal ibadah sebelum tujuh perkara di atas tersebut menghalang diri anda. Kalau dah tiba 7 perkara tu apa jadi, alamatnya susah la bro.. So, apa tunggu lagi, Beramal sebelum terlambat!!



Imam Bukhari pernah berkata:
“ Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah menanti waktu pagi
Apabila berada pada waktu pagi, janganlah pula menunggu waktu petang.
Ambillah peluang sihatmu sebelum datang sakit,
Dan Ambillah peluang hidupmu sebelum datang matimu”


Mungkin juga korang pernah dengar lagu nasyid kumpulan Raihan kan. Ala yang ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara tu.. haa, yang tu la.. apa 5 perkara tue:
Manfaatkanlah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara pula,
                     i.            Masa MUDA sebelum TUA
                   ii.            Masa SIHAT sebelum SAKIT
                  iii.            Masa KAYA sebelum MISKIN
                 iv.            Masa LAPANG sebelum SIBUK
                   v.            Masa HIDUP sebelum MATI


Masih nak bertangguh lagi??
Jom kita tengok apa bahaya yang menanti bagi orang jenis ni..
1)      Kalu korang ada hutang tapi bertangguh nak bayar, nanti mati roh korang akan merayau2 tak diangkat ke langit.
2)      Kalu korang student, sakit bro.. lets say esok nak exam tapi malam nie baru nak bukak buku.. pergghh.. Nescafe la jawab nyer.. susah nak perform macam tue..
3)       Kalau korang bekerja, terus buat kerja n jangan bertangguh.. nanti dating kerja yang baru pula, baru berjoget korang dalam ofis nanti.. hehe
4)      Kalau korang ada masa free, please la siapkan kerja kalu ada kerja yang tertunggak.. biar bersusah2 dahulu, berilek2 kemudian.. (^^)/
Harap dapat sedikit sebanyak info tentang procrastination nie.. ingat: “Bertangguh itu pencuri masa”

Video yang menarik tentang bertangguh ni..cuba lihat:

 

Saturday, January 28, 2012

Malasss...

Rileks lu bro!!!



Imam Syafie pernah bersyair yang bermaksud:



Singa yang tidak meninggalkan tempatnya di rimba
         Tidak akan menemui makanannya
Anak panah yang tidak meninggalkan busurnya
         Tidak akan menepati sasaran

Malas.. orang melayu kata rilek lu bro.. nanti gua ada mood gua wat la ..sapa sokong maksud nie??haha..
siapa la yang tak pernah malas kan.. tapi sikap ni kita kena buang. sebab apa? cuba fahami baik2 syair di atas.. nampak kan?? kalau kita tak mulakan langkah pertama, kita takkan kemana..cayalah cakap.. sebab tu kita kena buang sifat ni..

macam mana nak buang sifat malas bro?? ingat!! Nabi Sulaiman pernah berkata:


"Mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka kota sendirian"

memang susah nak buang sifat malas ni, tapi ingat, orang yang berfikiran positif sahaja boleh melakukannya..

kongsi tips ckit cara2 nak buang malas:

1) sikit2 dulu -buat slow2 dulu bro..x pe kalu x de feel/mood, yang penting ada tindakan.
2)konsisten - cuba la konsisten. Nabi SAW pernah berkata: perbuatan secara 40hari berturut2 akan menjadi akhlak anda. so istiqamah tau..
3)persekitaran - wujudkan suasana yang meransang anda untuk terus bertindak. cuba kongsikan matlamat anda dengan keluarga anda, rakan, dan tulis/senaraikan dengan jelas matlamat anda..Insya-Allah anda mampu berubah.

Sunday, November 6, 2011

Assalamualaikum...

Man jadda wa jadda... "siapa berusaha dia berjaya"..inilah peribahasa pertama yang saya ingat semasa saya sekolah dulu..dan ungkapan inilah yang banyak ditulis semasa menulis karangan..haha..bertitik-tolak dari sinilah, saya tergerak hati untuk berkongsi dengan anda koleksi2 motivasi untuk sama2 kita berjaya mencapai kejayaan dunia dan akhirat...insya-Allah...mudah2an..untuk intro setakat inilah dulu ek..haha...fighting!!!