Wednesday, July 29, 2015

Cara membuat visa pelajar ke indonesia

Alhamdulillah. saya bersyukur kepada Allah kerana telah memudahkan urusan saya untuk membuat visa pelajar.

Saya berpendapat perlu untuk mendokumentasikan perjalanan saya membuat visa pelajar agar dapat dimanfaatkan oleh orang yang memerlukan.

Sebelum itu, elok diceritakan bahawa passport dan visa adalah dua perkara yang berlainan.

Passport adalah dokumen pengenalan diri kita yang dikeluarkan oleh pihak imigresen negara warganegara masing-masing. Kebiasaannya di dalam passport terdapat lebih kurang 50 helai kertas visa kosong (sama ada diisi oleh kedutaan negara yang kita hendak pergi atau pun tak perlu diisi, terus melancong sahaja).

Visa pula adalah dokumen yang akan dikeluarkan oleh kedutaan negara yang kita hendak pergi (dalam kes ini, kedutaan besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur). Terdapat banyak jenis visa antaranya adalah "single entry visa", "multiple entry visa", business visa, dan lain-lain.

Jika anda pertama kali pergi ke Republik Indonesia, visa yang anda buat adalah "single entry visa". Dalam "single entry visa" ini, terdapat pelbagai jenis visa lagi iaitu "Tourist visa", "social culture visa", "business visa". Kebiasaannya visa pelajar termasuk dalam "social culture visa".

Ok cukup pengenalan tentang visa dan passport, harapnya kita dapat mengetahui perbezaan visa dengan passport sedikit sebanyak.

Di kedutaan besar Republik Indonesia, terdapat 2 pintu, jika anda hendak membuat visa, sila ke pintu no. 2 di sebelah kanan kedutaan. Waktu operasi dari pukul 9.00 pagi. Tidak perlu datang awal seperti hendak buat passport. Saya datang pukul 9.30 pagi. hasil bertanya orang yang hendak membuat visa, baru saya mendapat gambaran bagaimana carta alir hendak buat visa pelajar,

Jika anda hendak membuat visa pelajar, sila sediakan perkara berikut terlebih dahulu:

1) Isi borang visa (boleh ambil di kaunter 6 atau muatturun di sini )
2) 2 keping gambar passport
3) salinan surat tawaran  belajar yang dikeluarkan oleh universiti masing-masing.
4) salinan passport termasuk yang ada tandatangan.




** Anda juga perlu mengetahui tentang general requirement untuk membuat visa.
Seeloknya kita buat persediaan awal dengan isi lengkap borang tersebut dan sediakan dokumen yang berkaitan.

Jika semua dokumen sudah lengkap, sila ke kaunter 6 untuk semakan awal pegawai. kemudian, jika tiada masalah, anda akan diminta untuk pergi ke kaunter hadapan untuk diberi nombor giliran. kaunter ini terletak di bawah kaunter visa. Seelok-eloknya, anda segera beratur untuk dapatkan nombor giliran.
selepas itu, sila naik ke kaunter visa guna tangga di sebelah kiri kaunter nombor giliran tadi. lepas itu sila tunggu nombor giliran anda dipanggil.
nombor giliran saya pada masa tu 81 dan dipanggil dalam jam 11.30 pagi. Dalam general requirement di atas, bagi warganegara Malaysia, jika permohonan di hantar sebelum 12.00 tengah hari, anda boleh mengambil balik visa dalam hari yang sama.

Dalam kes saya, saya baru pertama kali hendak ke indonesia (Single entry Visa), jadi saya kena sediakan duit bayaran RM190. Selepas itu, pegawai akan maklumkan bila visa boleh diambil. Adapun tempoh pembelajaran saya di indonesia adalah 4 bulan. Pegawai itu maklumkan bahawa tempoh visa yang boleh diberikan hanya 2 bulan sahaja. Jika ingin tinggal lebih lama lagi, sila buat lanjutan visa di mana-mana pejabat imigrisen di Republik Indonesia. Lanjutan Visa mesti dibuat 2 minggu sebelum visa luput. Itu maklumat yang saya dapat sedikit sebanyak hasil perbualan kami.

Pegawai tadi maklumkan visa saya boleh diambil pada pukul 4 petang hari yang sama. Jadi, untuk tuntut visa kita, tidak perlu lagi untuk mengambil nombor giliran. sila bawakan resit dan serahkan pada mana-mana pegawai di kaunter visa dan tunggu nama kita dipanggil. itu sahaja.

 Itu sahaja pengalaman saya untuk membuat visa pelajar ke Republik Indonesia. Saya berharap Allah mudahkan urusan mana-mana pelajar yang hendak belajar di sana. Insya Allah.


-Jika ada salah silap dalam perkara di atas, saya mohon maaf dan berharap anda dapat kongsikan maklumat tersebut. Sekian.

6 comments:

  1. Jazahumullahukhairankatsiro

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, macam mana pula proses renew visa di republik indonesia ? Adkah sama spt di malaysia ?

    ReplyDelete
  3. utk tahun 2018 masih sama ke harga visa ??

    ReplyDelete
  4. Kalau tiada surat apa² , mksd saya surat yg menunjukkan kita nak memohon visa pelajar, boleh atau tidak?

    ReplyDelete
  5. Kalau tiada surat apa² , mksd saya surat yg menunjukkan kita nak memohon visa pelajar, boleh atau tidak?

    ReplyDelete